Daisypath Wedding tickers

Monday, June 13, 2011

lelaki itu....mr future~


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. 

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. 

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. 

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. 

Andai lelaki tahu.. 

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
p/s: sayang kamoo sangat (",)

Sunday, May 22, 2011

W-day prep : VIP favor

VIP favor???wah..gaye cm ad org bsr2 je nk dtg majlis i kn..haha..
VIP ni means my mum n dad nye famili side..n my future famili <his side> plus my bffs~heheh..
so i've decided nk bg favor yg a lil bit special n different from other guest..
as a token of appreciation to them..

i got idea to gif dis favor tru blogwalking n suddnly found 1 of dis favor @kina..
she's got from oleolemanis
sgt jeles ok!!!!!!
i heart gile ngn these wedding favor k..
y i adore n craving sgt nk salt n pepper shaker ni??
salt + pepper = spice up our life..
life without garam, gule n spice is boring cm mkn bubur kosong..tawar hebeh org kate..
can c the correlation between that??
cm dlm cte p.ramlee..<sile click>


simbolik kn??

~salt and pepper shaker wedding favors~


salt and pepper shaker
source:  alibaba n mr google
cantikkan??adorable sgt kn??...

kt chine byk gile wedding favor yg besh2..almaklumla..
klu u ol perasan, sume bnde pn almost made in china..
sane mmg byk gile choice.cantik2 murah plk tu..
feel like wanna fly to china rite now~
kt malaysia ni mahal..ble tgk price pkir 88times..a big sigh...

anybody home yg nk sponsor???sile angkt tangan cm usop wilcha ok...heheh
tp i nakkkkkkkkkkkkkkkkkk gk....i'll find yg murah2 ere if any...
long time 2 go..still haf d time 4 me nk cr dis things dgn harge mampu milik...
auwwwmmm..

p/s: luv wedding prep..but luv him more..x0x0~

W-day prep : doorgift idea

ok..dis is a stry about doorgift..hehe..cm nk wut essay plk..
wut i can see tru my blogwalking...doorgift ni antare mega projek 4 wedding day kn..mean dat mmg kite perlu peruntukan dwet yg agk byk kt ctu bsides pelamin, OP, hantaran, etc...
lets say bajet tuk doorgift rm1 per head..paling ciput dh tu...4 ordinary guest...klu 1500 guest + 300 tuk child..almost 2ribu gk la kan....itu klu singgit satu...kalu lebih??$$$$..sendri maw ingt la..juling mate wo tgk dwet mengalir ~ h0h0

i like d idea gune paper bag yg kaler brown @ white tu....
lets say 100 kpg = rm4..satu beg xsampi 0.04sen taw...save,.. i tell u.
beg memahal pun diorg buang gk..yg ptg isi dalamnye.
tuk yg kt kl @klang valley lh la beli kt tpt yg di suggestkn oleh cujen @ kedai WAKIM
i nk cr kt jb ni je..kt area larkin tu byk wholesale...i'll let u noe d price kt jb plk..
white-paper-bag



brown paper bag
klu dh decorate t jd la cmni..

source : cujen
decor white paper bag

decor brown paper bag

source : oleolemanis


source : ilikecard
cantik kan??simple yet adorable..auww~

tp ap nk isi dlm ea???keep searching d best doorgift 4 my guest yg within my bajet..
tp i suke nk bagi bnde yg diorg blh use aftr diz..
4 kids dh tentula makanan kn..

p/s: yg penting bajet n keikhlasan... 

W-day prep : survey favor

mood favors lagi...♥♥♥
memerah otak mncari favors yg sesuai tuk my guest..
these are favors yg menarik ati ku...meoww~



 couple keychain
 cute..tp xbp sesuai klu nk bg org tue..kawan2 blh la..
glass coaster
 yg ni pun not bad..blh gune wut alas gelas..practical..
photo frame
 yg ni klu white theme beach party sesuai sgt..
blh ltk gmbr diorg...ok la..
measuring spoon
 yg ni sape nk blh pkai..sudu tu ad ukuran 1/2 tsp, 1tsp, 1/2tbsp, 1tbsp
egg holder
 yg ni tuk letak telor..kunun2 klu wut breakst half boiled egg tuk husband blh la gune bnde ni...
cheesy u..h0h0h
 glass wif personalize sticker
yg ni too common..slalu dapat tp yg mug la..but still comel gk..cr yg bsr cket..yg ni kecik..
makcik2 i dh pesan xmo cawan kecik..demand sungguh makcik2 ku tu..

bottle opener
heart dis..rare kn??xpnh dapat lg cmni..blh gune tuk bukk botol kicap ni..class~

spoon, folk n chopstick
 yg ni pun sweet je...simbolik gk ni..sudu n garfu..i suke bnde simbolik2 ni..hehe

salt n pepper shaker
♥ dis tooooo...nmpk xclusive gtu...wow...

yg mn 1 pilihan kalbu??
sume pun cantik...suke suke suke...
sume pun practical..can use it..confirm org xbuang punye...

picca source: alibaba n mr google

Saturday, May 21, 2011

doorgift @wedding favor perlu ke??

hihi..senget dh ni..lame lg majlisnye tp dh bz searching sane cni...suke blogwalking tgk diorgnye wedding favor...pastu berangan..heheh

nway perlu ke doorgift segale ni??
org dulu2 bagi telur bungkus ngn tisu kale merah tu..very d classic..
telur balut ngan tisu

y dlu2 diorg bagi telur ea??
org tue2 kate simboliknye bagi telur ni supaye pasangan pengantin subur hendaknye..insyaAllah...

nk bg cmni je blh??kate nk cut cost sehabis2nye...
maw la makcik2 ak mngate kate ak pengantin kedekut... dh tu..diorg nk tlg sponsor ke??huhu..

Tuesday, May 17, 2011

W-day prep : bajet kawen

br pas gather wif gff..since my fren rmai nk kawen diz yer..so i korek2 sket psal wed prep from diorg...1 of my question msti tnye bajet 4 kawen..bp habes..itu ini..i kan accountnt xjd.....berkire..uhuk uhuk..

sgt banyak pkai dwet okkkkk!!...a big sigh..

ya..i hanye org biase...bkn anak sumbody...ad org sponsor itu ini...i dun really like d idea wut loan 4 kawen..so dats y i haf 2 prepare 4 d bajet..its only for 1 day nye event pn kn..life after dat tu yg lg penting.. yg mn blh cut cost akn ku cut habis-habisan..heheh..

bt still..i want majlis yg simple yet memorable..yg ptg makanan kene sedap..yeah!

tho my big day lambt lg..still i kn amik taw serbe cket gmbaran mn dwet2 tu akn disalurkan..h0h0

below is my bajet checklist..

BIL PERKARA BAJET (RM)
1 Kad kahwin
2 Setem
3 Spa + facial
4 Pemeriksaan kesihatan + HPV
5 Sireh junjung
6 Al - Quran n sejadah
7 Kain ela / baju + seluar
8 Kasut
9 Jam
10 Sunglass @ spec @ camera dslr
11 Set penjagaan badan
12 Buah
13 Coklat
14 Pulut kuning / kek
15 Beg tangan / dompet + tali pinggang + tie
16 Gubahan barang hantaran
17 Hiasan bilik tidur
18 Pelamin
19 Set meja pengantin
20 Cameraman (OP)
21 Kanopi +alas meja
22 Bunga pahar / bunga telur
23 Set makan beradap
24 Penanggah
25 Katering
26 Upah kompang + zapin
27 Baju Nikah
28 Kos tempat penginapan
29 Doorgift (saudara + gff)
30 Doorgift tetamu
31 Upah juruandam (MUA)
32 Upah DJ
33 Honeymoon
34 Baju family
35

36

37

38

39

40


Jumlah keseluruhan : RM ______________


p/s : couples end up being in debt from the very beginning of their married life if spending too much on wedding starting from decors to favors.so plan wisely n dun spend blindly...

luv wedding prep..but luv him more..x0x0

Thursday, May 12, 2011

aku hanya wanita biasa..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Oleh itu ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang telah memilihku..

Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kamu yang akan menjadi teman hidup kelak

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan comot. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk mu dan malaikat-malaikat kecil kita nanti –insyaAllah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. 

Atau kerana seharian ku harus membersihkan istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan selesa. Maka, mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. 

Ataukah kau akan menemukanku terlelap saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Atau ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habis. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hatiku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau puja puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah, iaitu rasa cintaku padamu.insyaAllah

Ketahuilah kamu.. 
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. 
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. 

Aku hanya wanita biasa..


Ditulis oleh author http://www.facebook.com/l/0665f3OMv36Sn1Cd1HEwksgdS2Q;oaseimani.com, dan dipublish di ; http://www.facebook.com/l/0665ftLUDAuUj9FsyFIiThwyN9Q;www.oaseimani.com/aku-hanya-wanita-biasa.html
 ibnu bari el afifi
oaseimani